Monday, August 23, 2004

Al-Kisah Ikan Emas...


Ichiro & Mummy
Originally uploaded by
Mieza Ibrahim.

Semalam, kami sekeluarga sempat melawat tapak Karnival 24hrs FBS (Fukuoka Broadcast Station) bertempat di Hawks Town, iaitu berdepan dengan Fukuoka Dome, tempat bagi homegame Daiei Hawks, pasukan besbol dari Fukuoka (Juara Jepun 1999 & 2003). Antara aktiviti menarik ialah menyudip ikan emas (dikenali sebagai kingyo) dengan menggunakan sudip plastik tetapi permukaannya diperbuat daripada kertas nipis Jepun ataupun washi. Bayangkanlah, kesusahannya sudah tentu berganda-ganda.

Namun begitu Ichiro tetap mahu mencuba tetapi setelah 3 percubaan tetapi nyata gagal. Sememang rezeki budak-budak, Ichiro tetap dihadiahkan dengan 2 ekor ikan emas yang kini dibelanya dalam balang kaca. Kedua-duanya dinamakan (Kang) Jung Sang dan (Park) Sang Hyuk, sempena mengambil nama 2 watak yang begitu terkenal dari Soap Opera Drama Korea - Winter Sonata. Kebetulan pula demam Winter Sonata lambat tiba di Jepun, dan episod terakhir baru saja ditayangkan di NHK pada hari Sabtu yang lalu. Setidak-tidaknya keindahan garapan cerita Winter Sonata dapat diabadikan dalam satu objek yang cukup simbolik - ikan emas. Semoga memori emas ini akan tetap abadi. Apa-apapun, Sang Hyuk dan Jung Sang, "Welcome to F A R I S family".


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Boleh hidup ke Ikan Emas tu dalam balang kaca?!

11:58 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hek.....eleh..... Ikan Emas tak best la.... bela la ikan temenung ka, ikan terubuk ka..., bila besaq bulah la makan... - Badri Ibrahim

12:34 PM  

Post a Comment

<< Home