Sunday, October 31, 2004

Yatto......ganbarimashita!!


Thesis 9, originally uploaded by miezaris.

Akhirnya setelah 2 tahun bertungkus lumus, dateline yang dinanti tiba juga. Pada 29hb Oktober, thesis telah selamat dihantar untuk dibuat penilaian oleh pihak Fakulti. Sebanyak 3 naskah telah dihantar dan insyaAllah jika semuanya memuaskan (mungkin ada few corrections) dapatlah balik bulan Mac tahun depan dengan segulung lagi ijazah, kenang-kenangan menjadi mahasitua!!

Hari ini juga, 31hb kami akan balik untuk berpuasa dan menyambut Raya di Malaysia. Ichiro tak sabar-sabar lagi nak naik hikoki. InsyaAllah juga kami akan ke Barcelona dari 7hb Nov. hingga 12hb Nov, kerana saya ada International Conference (present paper sebagai syarat pengijazahan), on the way balik akan transit di London for 10 hours(untuk buka puasa) dan balik semula ke KLIA pada malam itu dan sampai di KL pada esok harinya, 13hb pada jam 6.30petang. Esoknya, 1 Syawal insyaAllah.

Kesempatan ini kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua sanak-saudara, sahabat-handai dan rakan-taulan bloggers dan web-surfers. Terkasar bahasa, terguris hati semuanya adalah kelemahan diri kami dan bukannya disengajakan. Kepada mereka yang sentiasa memeberi sokongan kepada F A R I S in F U K U O K A, kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Jika ada kesempatan dapat kita jumpa lagi selepas Syawal 1425 tahun ini.

Doakankan kami selamat pergi dan pulang, InsyaAllah!!

1 Comments:

Blogger Atok said...

faris,
replied to your email, tapi bounced.

4:18 AM  

Post a Comment

<< Home