Saturday, September 11, 2004

Masak Kari


DSC01183AndamanCurry1
Originally uploaded by
miezaris.

Hari ini, Mummy dan teman-teman seMalaysia yang terdiri daripada saudara(i?) kembar Maza dan Naza, Sharin (bukan perempuan) dan Kapitan Anieza telah bertungkus-lumus menyertai Pertandingan Memasak Kari sempena Bulan Asia di Fukuoka bertempat di Akasaka Civic Centre. Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini telah disertai oleh 5 pasukan yang terdiri daripada 2 pasukan dari Nepal, Sri Lanka, Jepun dan Malaysia.

Acara memasak bermula seawal jam 11.00 pagi dan dari jam 12.30 tengah hari masyarakat tempatan hampir mencecah 100 orang ramainya mulai datang untuk menjamu selera juadah kari yang disediakan dan seterusnya turut menjadi juri bagi menentukan Juara Kari Fukuoka bagi tahun 2004.

Kami mendapat tahu yang peserta-peserta lain semuanya ada restoren sendiri dan ada juga yang jadi Chef di Hotel 5 bintang di Fukuoka. Keputusan undi daripada para juri telah memihak kepada kedua-dua pasukan Nepal iaitu Juara (chef Hotel Okura) dan Naib Juara (tuanpunya International Bar yang terkenal di Fukuoka) dengan masing-masing mendapat 32 undi dan 22 undi. Kami tidaklah tercicir jauh dengan 18 undi dan pasukan Sri Lanka pula mendapat 20 undi. Pasukan Jepun jatuh corot dengan 7 undi sahaja.

Meskipun gagal pulang dengan hadiah wang tunai, hati masih mampu tersenyum kerana satu lagi kenangan manis (atau pedas?) tercatit dalam diari Fukuoka. Untuk mina-san, otsukaresama deshita, rainenmo ganbatte kudasai ne!! @miezaris

Klik untuk gambar dan slideshow.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home