Saturday, January 01, 2005

Datang dan Pergi....


DSC02256Nengajyou05, originally uploaded by miezaris.
Ini ialah kad ucapan berbentuk poskad yang lazimnya digunakan oleh
orang-orang Jepun untuk menyampaikan ucap selamat Tahun Baru atau nengajyou.
Yang menariknya, kad-kad mula dipos seawal 1 Disember dan akan disimpan di pejabat pos
si penerima sehinggalah pada pagi 1 Januari. Bila Pagi 1 Januari menjelma penuhlah peti
surat dengan nengajyou sebegini. Inilah tradisi di sini, ringkas dan kompak tapi penuh makna...

Seperti lazimnya, waktu itu terus berdetik dan berlalu. Tanpa paksa, tanpa rela dan tanpa sedar, kita manusia hanya bisa mengikut arus MASA.

Tahun 2004, telahpun pergi meninggalkan kita. Kini rakaman catatan pada tahun 2004 telahpun menjadi sejarah dan jendela 2005 menanti kita dengan padang peluang yang terbentang luas untuk kita terokai.

Yang buruk kita jadikan sempadan dan yang baik kita jadikan teladan, InsyaAllah. Mudah-mudahan, kita insan kerdil di dunia yang fana ini akan terus dilindungiNya dari bala bencana dan mala petaka dan diberi hidayahnya untuk hidup aman sentosa dan diberkati rahmatNya.

Di kesempatan ini juga, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada umat Islam yang telah dahulu meninggalkan kita di mana jua, baik di medan perang, di katil sakit mahupun di padang jarak padang tekukur.

Bagaikan tsunami, MASA itu datang dan pergi.......

2 Comments:

Blogger Atok said...

Selamat tahun baru, all the best & tahniah atas kejayaan menamatkan kursus. Nice card!

3:09 AM  
Blogger miezaris said...

Thank you ATOK, nothing to be proud of, lust a small feat only.

10:35 AM  

Post a Comment

<< Home