BE DIGITAL!
>> ::An Odyssey in The Land of The Rising Sun:: <<
For 6 years we had spent our time in Japan, particularly in Fukuoka City, indeed it was the most memorable experience for all of us in F A R I S F A M I L Y. We would like to take this final opporturnity to wish our heartful gratitude to all our friends, may it Japaneses, Malaysians and of other nationalities. We definitely cherish our friendship and may we keep it flourish in years to come.
To all the netizens especially to fellow bloggers, thank you so much for your support. This is the end of my posting and due to some constraints I may no be able to continue it from my home country. However you can still follow our photos in Flickr if you do miss us (sob...sob...) or you may also view my network of Flickrfriends.
Today mark almost a year of my first posting (July 20th, 2004) in this blog and along the way if we had unintentionally hurt some feelings, kindly please accept our apology. That was it, I was meant to come to Fukuoka for it, enough said Mission Accomplished!!
Sadakallahul'azim.
Seperti lazimnya, waktu itu terus berdetik dan berlalu. Tanpa paksa, tanpa rela dan tanpa sedar, kita manusia hanya bisa mengikut arus MASA.
Tahun 2004, telahpun pergi meninggalkan kita. Kini rakaman catatan pada tahun 2004 telahpun menjadi sejarah dan jendela 2005 menanti kita dengan padang peluang yang terbentang luas untuk kita terokai.
Yang buruk kita jadikan sempadan dan yang baik kita jadikan teladan, InsyaAllah. Mudah-mudahan, kita insan kerdil di dunia yang fana ini akan terus dilindungiNya dari bala bencana dan mala petaka dan diberi hidayahnya untuk hidup aman sentosa dan diberkati rahmatNya.
Di kesempatan ini juga, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada umat Islam yang telah dahulu meninggalkan kita di mana jua, baik di medan perang, di katil sakit mahupun di padang jarak padang tekukur.
Bagaikan tsunami, MASA itu datang dan pergi.......
Selamat Tahun Baru 2005 buat semua terutama untuk Atok dan Opah di Rapat Setia, Ipoh; Tok Wan dan Tok di Langkawi; Auntie Yong , Uncle Sulaiman & Maisarah di Cristchurch, NZ; Mama Tie, Abah Long, Abg. Adib & Aiman di Bandar Seri Begawan, BDS; Ayah E di Subang Jaya, Ayah Iz & Auntie Mas di Kampar; Uncle Agus & Auntie Tinia di Sheffield, UK dan semua saudara-mara di tanahair.
Terimalah senyuman manis dari saya, Adris Ichiro buat semua peminat-peminat jauh dan dekat. Untuk Adik Aqasya, hah bila lagi nak balik Jepun niiihh......!!
It has been quite sometimes that I couldn't update F A R I S in F U K U O K A. To be frank I was very ocupied with my academic thing and Alhamdullillah now I am a freeman. For the past two months so many events have taken place either it involved myself directly or indirectly. I promise that I will try my utmost best to turn back the clock and to record each and every event that matters to us, among others Balik Kampong, a trip to Barcelona, Aidilfitri 1425 in Langkawi and Ichiro's 4th Birthday.
To my Work Station, thank you so much for providing me such a fascinating machine that eases my bloging routine.
Akhirnya setelah 2 tahun bertungkus lumus, dateline yang dinanti tiba juga. Pada 29hb Oktober, thesis telah selamat dihantar untuk dibuat penilaian oleh pihak Fakulti. Sebanyak 3 naskah telah dihantar dan insyaAllah jika semuanya memuaskan (mungkin ada few corrections) dapatlah balik bulan Mac tahun depan dengan segulung lagi ijazah, kenang-kenangan menjadi mahasitua!!
Hari ini juga, 31hb kami akan balik untuk berpuasa dan menyambut Raya di Malaysia. Ichiro tak sabar-sabar lagi nak naik hikoki. InsyaAllah juga kami akan ke Barcelona dari 7hb Nov. hingga 12hb Nov, kerana saya ada International Conference (present paper sebagai syarat pengijazahan), on the way balik akan transit di London for 10 hours(untuk buka puasa) dan balik semula ke KLIA pada malam itu dan sampai di KL pada esok harinya, 13hb pada jam 6.30petang. Esoknya, 1 Syawal insyaAllah.
Kesempatan ini kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua sanak-saudara, sahabat-handai dan rakan-taulan bloggers dan web-surfers. Terkasar bahasa, terguris hati semuanya adalah kelemahan diri kami dan bukannya disengajakan. Kepada mereka yang sentiasa memeberi sokongan kepada F A R I S in F U K U O K A, kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Jika ada kesempatan dapat kita jumpa lagi selepas Syawal 1425 tahun ini.
Doakankan kami selamat pergi dan pulang, InsyaAllah!!
Akhirnya....rasmi sudah pada 22hb Oktober yang lepas filem Puteri Gunung Ledang telah diterima bersaing bersama 49 lagi filem dari negara-negara selain AS untuk dikategorikan sebagai Filem Asing terbaik di Academy Awards Februari tahun depan.
Setelah lebih 50 tahun filem-filem Melayu berjuang di pentas sendiri, kini filem PGL ini yang padat dan sarat dengan ketulenan adat resam orang Melayu sudah pastilah akan dapat disaksikan pula di pentas dunia. Syabas untuk Enfiniti Productions yang ditunjangi oleh heroin PGL sendiri, Tiara Jacqueline.
PGL yang diterjemahkan sebagai "A Legendary Love" pastinya akan membuka lebih banyak pintu kepada anak-anak seni tanahair untuk mengintai peluang dan nasib di luar negara. Berita ini juga pastinya akan disambut dengan rasa ceria kerana pencalonan pertama dari Malaysia memaparkan suatu kisah lagenda lebih 500 tahun yang diriwayatkan dalam buku "Sejarah Melayu". Meskipun ada tokok-tambah (sudah pasti perlu untuk mendramatikan penggarapan sebuah filem), setidak-tidaknya orang sudah akan kenal Hang Tuah itu hero tulen Melayu. Tepat benarlah M.Nasir dipilih melakonkan watak tersebut kerana M.Nasir juga ialah seorang Jaguh dalam persada seni Melayu di tanahair.
Pemilihan PGL juga mendapat komentar yang positif dari media di AS dan nampak gayanya FINAS kenalah memberi lebih banyak tumpuan untuk memimpin pengusaha-pengusaha filem kita agar dapat menghasilkan filem-filem yang benar-benar berkualiti. Memang benarlah Filem Kita Wajah Kita!
Malaysia joins battle for best foreign film Oscar
Malaysian movie A Legendary Love is among entries from 49 nations picked to compete for next year's best foreign language film Oscar, marking the country's first Academy Award bid.
Organisers of cinema's top awards have announced that director Saw Teong Hin's tragic romance, the most expensive film ever made in the South-East Asian nation, had been accepted to compete for a nomination.
The five nominees in the coveted category will be announced in Beverly Hills on January 25, the Academy of Motion Pictures Arts and Sciences said.
Among the 49 countries battling it out are Afghanistan, Brazil, last year's winner Canada, China, Egypt, Estonia, France, Germany, India, Iran, Israel, Japan, Palestine, the Philippines, South Korea Taiwan, Thailand and Venezuela.
The official entries for the 77th Academy Awards were picked from among submissions from 89 nations that were asked to put in films for consideration as best foreign language film.
Malaysia is the only country on this year's list of entrants never to have vied for the famed golden Oscar statuette, which will be handed out in Hollywood on February 27.
The film A Legendary Love is the tragic love story of a princess and a Malay warrior and was well received at the Venice Film Festival earlier this year.
Six movies in the past have won both the best foreign language film Oscar and another Academy Award, including the 2000 Chinese-language film Crouching Tiger, Hidden Dragon, which won four Oscars.
Italy's Life Is Beautiful, also won the best actor Oscar for its star Roberto Benigni and the Oscar for best original score, in 1998.
Lakonan hebat M.Nasir pastinya menjadi pemangkin kepada filem PGL untuk memperkenalkan "Melayu" di persada dunia.
Datok Rahim Razali turut beraksi cemerlang dalam PGL, tidak syak lagi watak Datok Bendaharanya memang kena pada orangnya.
Orang Nusantara berkasih penuh adat dan tradisi. Pantun disulam, kasih dilapik...namun dijiwa tetap tahu bahasa badan.