Friday, September 24, 2004

KL Nite in Fukuoka


Seperti yang dijanjikan oleh Kak Chah (Habsah Hassan), kami dapat turut serta dalam Majlis KL Nite yang diadakan di Grand Ballroom Hyatt Hotel. Majlis ini turut dihadiri Menteri Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Utama Rais Yatim dan Datin Seri. Sempena Festival Filem Asia Pasifik yang ke49, KL Nite diadakan untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah lokasi bikin filem dan juga pelancongan. Tahun depan KL akan menjadi tuan rumah bagi FFAP ke 50.

DSC01438Maya Karin Pulangkanlah.JPG

Originally uploaded by miezaris.

Majlis yang dihoskan oleh Ida Nerina dengan persembahan vokal bertenaga dari Amy Mastura dan Maya Karin serta turut memaparkan warna-warni kebudayaan Malaysia dari penari-penari dan pemuzik-pemuzik tradisional Istana Budaya ini berjaya mencuit hati tetamu yang hadir. Majlis diserikan lagi dengan persembahan spontan seorang aktor dari Indonesia, yang naik ke pentas mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Joget Pahang (dipetik dari filem Hang Tuah) dan juga lagu tema dari filem Anakku Sazali. Klik untuk gambar dan slideshow. @miezaris

Tuesday, September 21, 2004

2 Kriiing, 2 Bandar dan 1001 Telatah Manusia!

* Untuk mengelakkan kontroversi dan provokasi yang berlarutan samada di Jepun mahupun di tanah air, Episod I: Malam yang Penuh Celaru telah ditiadakan bagi memelihara tali-persaudaraan sesama kita. "Buang yang keruh ambillah yang jernih," kata orang-orang tua kita. "Let bygones be bygones," kata orang Inggeris.

Apa-apapun kami sekeluarga telahpun membuang jauh-jauh memori sedih tersebut dari diari hidup kami, "Serena" pun kini telah selamat bersemadi di tempat haisya di bandar Sasaguri, Fukuoka-ken. Kepada sesiapa hamba Allah yang masih bertegas mempertahankan ego masing-masing, hentikanlah perbuatan sia-sia itu. Tak ke mana sudahnya. Sempena Ramdhan Al-Mubarak, marilah kita rapatkan saf, mengembalikan tali-persaudaraan kita sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Ini pesanan iklas dari saya untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat yang lain.
Segala masalah yang timbul, ampun maaf kami pohon tulus-setulusnya. Segala kesulitan dan kekusutan amat-amat dikesali. No offence taken, no offence given.

FULLstop. 2004.10. 20 / 6 Ramadhan 1425

Episod I: Malam yang Penuh Celaru
(tanpa prologue dan epilogue)

2004.9.17 jam 11.59 pm: Kriing....kriiiing.....(sepatutnya ikut irama lagu zum doko zun Hikawa Kiyoshi)
Penulis: Siapa pula yang telefon malam buta ni (sambil ke genkan untuk mendapatkan keitai) ....missed call. Kemudian.....
2004.9.18 tepat jam 00.00 am: Kriing...kriiiing....kriiing...

------bahagian yang diSENSOR-------



Ichiro di permulaan perjalanan lagi sudah dibuai mimpi indah agaknya. Penulis melihat air muka Ichiro dan jauh di sudut hati, penulis berdoa agar anakku menjadi manusia yang penuh budi-pekerti, berbudi-bahasa dan bersopan-santun kepada semua orang tak kira yang tua mahupun muda sesuai dengan ras Melayunya dan didikan agama Islamnya. Dengan memandu selaju 80km/jam, akhirnya pada pukul 5.10 am kami tiba juga di Fukuoka. Selepas solat subuh kami pun tidur sehinggalah dikejutkan dengan satu lagi bunyi kriiiing....kriiing......

Episod II: Pagi baru yang penuh harapan......

2004.9.19 jam 09:55 am: Kriiing....kriing.....
Penulis tersentak dari lamunan tidur dan gegas mengangkat telefon tak jauh dari tempat tidur.
Penulis: Mosyi...Mosyi.....
Pemanggil: Hello....Encik ada panggilan dari Kuala Lumpur, Puan Suzana nak bercakap dengan Harmiza Ibrahim.
Penulis: Tunggu sebentar ya.
Mengejut isteriku dari tidur dan terus pintas menyambar gangang dari tanganku.

Mummy: Hello....ahhh waalaikumsalam Kak Na ye.
Kak Na: Ye Kak Na ni, nak mintak tolong sikitlah. Tolong bawak saudara Kak Na jalan-jalan kat Fukuoka tu. Bolehke?
Mummy: Siapa yang datang Fukuoka nih?
Kak Na: Habsah Hassan dengan suami. Dia nanti akan menginap di Grand Hyatt Hotel. Kalau ada masa bolehlah telefon ke hotel tu.
Mummy: OK takde masalah, kamipun seronok juga nak jumpa dia, ooo pasal Festival Filem Asia Pasifik tu ye.
Kak Na: Pasal festival tulah, sampai 25hb kot ada di sana.
Mummy: OK tak pe nanti sat lagi kami call ke Hyatt Hotel. Thanks Kak Na beritahu kami pasal ni.
Kak Na: Apa pula Miza yang thanks, Kak Na lah yang patut thanks pasal mintak tolong Miza. OK, bye.......kirim salam kat Faris OK.
Mummy: Kami pun sama kirim salam kat Abg. Lin dan Mak Wan. Bye.....



Selepas makan tengahari kami terus ke Wakamiya dulu kerana hendak menempah pesanan Noritake untuk staff di taishikang. Banyak sungguh tempahannya. Hampir mencecah 3omang. Berkotak-kotak tapi nasib baik tak perlu bawak pulang ke rumah kerana kos takyubin dari sana ke Tokyo hanya 1500yen sekotak. Pulak tu akan dibungkus rapi supaya tak pecah dalam perjalanan. Kulihat wajah tencho penuh kepuasan melayan kami. Kamipun puas hati juga kerana dapat menunaikan permintaan orang.


Dari Noritake kami ke Hyatt Hotel. Janji dengan Kak Chah (seperti yang diminta oleh beliau dalam perbualan telefon) pada jam 5:30 pm. Sampai di depan hotel, mummy ke lobby dan interkom ke bilik Kak Chah. Kak Chah turun bersama suaminya (dipanggil Abg. Mad aje). Mula-mula bersalaman kulihat mereka begitu humble sekali. Dalam hati terdetik yang orang terkenal satu Malaya pun tahu menghormati orang lain, pula tu kami yang lebih muda nih. Abg. Mad pandai bersembang dan dari perbualan kami Abg. Mad menguruskan perniagaan menjual kereta import mewah seperti Merc, Beemers, Lexus dan lain-lai lagi. Mini Cooper yang terkini pun ada.


Atas permintaan Abg. Mad kami ke kedai baju GAP dulu sebab katanya mereka banyak sekali bawak baju panas jadi tak sesuai dipakai dalam cuaca yang nampaknya masih setinggi 33~34 darjah selsius. Kami ke Hawks Town dan tunjukkan mereka beberapa landmarks di Fukuoka. Di GAP kulihat Kak Chah shopping boleh tahan juga, lagipun SALE baju musim panas masih bersisa lagi. Kak Chah baru saja dapat cucu lelaki (yang pertama), jadi banyak juga yang dibeli sebagai buah tangan. Abang Mad kulihat beli 4 helai baju dan tak lupa juga beli sehelai untuk menantu (mereka tiada anak lelaki, ada 4 anak perempuan). Sekitar jam 7:30pm Kak Chah mempelawa kami untuk makan malam bersama, tapi kami terpaksa menolak dengan lembut sebab temanku (orang Jepun satu kenkyushitsu dahulu) ada di Fukuoka kerana menghadiri majlis perkahwinan dan nak tumpang bermalam di rumah kami. Pada pukul 8.00pm selepas menghantar Kak Chah dan Abg. Mad ke hotel kami ke Kyudai untuk menjemput teman Jepunku.
Kerana perut agak lapar, kami bercadang ke Sala Rim Naam untuk makan malam dahulu. Teman Jepunku kata ini pertama kali beliau ke restoren Siam. Mummy kata padanya, kalau boleh nak bawa ke restoren Melayu tapi inilah yang paling hampir dengan masakan melayu. Kulihat teman Jepunku makan dengan penuh berselera meskipun pada awalnya agak kepedasan. Lama-lama kutengok makin sedap beliau makan. Wah, seronok sungguh kami kerana setiap hidangan beliau yang habiskan. Lepas tu ada special dessert dan juga teh jasmin panas. Sedap sungguh kami makan malam ini dan beliau berkali-kali memuji sedapnya masakan siam dan berterima kasih kepada kami. Tambahnya lagi masakan yang ini lebih sedap dari majlis perkahwinan di Hotel Hyatt Regency petang tadi.
Setelah makan malam kami terus pulang ke rumah. Sebetulnya di rumah kami memang tak amalkan ofuro (shower aje) macam orang Jepun selalu buat. Jadi kukata pada teman Jepunku, kita ke onzen/sento untuk berendam-rendam sebelum balik rumah untuk tidur. Penulis hantar mummy ke rumah dulu untuk berkemas-kemas dan ambil towel untuk ke onzen. Kami bertiga hanya pergi ke onzen yang berhampiran dengan rumah. Meskipun sudah jam 11:30 pm tapi tempat letak kereta agak penuh. Di onzen Ichiro seronok sekali bermain-main dengan teman Jepunku ini. Lagipun sewaktu beliau masih di Kyudai, Ichiro sudah biasa dengannya semasa kubawa Ichiro ke kenkyushitu pada hari Sabtu. Kami banyak berbual-bual tentang research dan hal kerja beliau, juga tentang plan ku setelah habis mengaji nanti. Lama juga di onzen sehingga pukul 1.00am, Mummy telefon suruh pulang sebab hari dah lewat, Ichiropun belum tidur lagi.
Sampai di rumah, Ichiro tak mahu tidur kerana masih nak bermain-main dengan teman Jepunku. Akhirnya Ichiro menangis dan kulihat wajah teman Jepunku panik. Kukata padanya itu tanda dia dah mengantuk sangat, pergilah tidur dan jangan bimbang. Tak berapa lama setelah dipujuk dengan sebotol Milo Ichiropun diam dan tertidur. Kamipun tertidur sama.
Di waktu subuh, jam 5:30am kuterjaga dahulu. Setelah menunaikan fardhu, ku membelek kerja-kerja akademikku. Terfikir juga yang sebenarnya dunia ini penuh dengan orang yang baik-baik. Perasaanku lega kerana hakikatnya orang yang "kurang ajar" biasanya sangat sedikit dan orang-orang ini biasanya kurang berjaya dalam hidup mereka, kalau berjayapun mungkin sekerat jalan dan tak tahan lama. Kata hatiku biarlah kita sentiasa berbaik sangka kepada orang tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Pada jam 10:30am, setelah bersiap-siap dan bersarapan pagi, kami menghantar teman Jepunku ke Hakata eki dan kemudian terus ke Hyatt Hotel kerana telah berjanji dengan Kak Chah dan Abg. Mad untuk bawa mereka shopping lagi. Kak Chah bawa sekali tiga orang rakan wartawan hiburan dari akhbar Utusan (Along), Star (Dalilah) dan Harian Metro (Tati). Suasana dalam kereta begitu meriah sekali dengan pelbagai gosip-gosip yang kebanyakannya pertama kali kudengar. Dipendekkan cerita kami ke kilang Noritake sekali lagi (Kak Chah shopping sakan dan tencho tersenyum panjang lagi), makan di Westo (udon dan tendon) dan ke Bic Camera dan Kitamura untuk membeli digikame. Kak Chah beli model Canon 5 megapixel yang terbaru dan Along beli Nikon 3 megapixel saja. Katanya untuk pakai casual aje.
Sewaktu balik ke hotel, di depan lobby Hyatt kebetulan bas yang membawa delegasi Malaysia turut sampai. Ramai sekali anak-seni tanahair berkampung di Fukuoka kali ini. Hampir 50 orang semuanya, dari Datuk Menteri, produser seperti Kak Chah, Panshah, Abg. Yusof Haslam, pelakon veteren seperti Dato` Mustafa Maarof (Dato` masih ingat bertandang ke Majlis Kahwin adikku pada tahun 2002), heroin-heroin masakini seperti Nasha Aziz, Ida Nerina dan Maya Karin serta penari-penari kebudayaan dari Istana Budaya turut serta dalam Pesta Filem kali ini. Kata Kak Chah kali ini ramai sebab untuk Pesta Filem tahun depan yang ke 50, KL jadi tuanrumah, jadi malam 23hb nanti ada KL Night untuk promosi event tahun depan.
Mummy sibuk sekali bergambar dengan heroin-heroin filem, dan sempat juga ku memasang telinga mendegar interview spontan Along, Tati dan Dalilah dengan Ida Nerina. Kalau ditanya pendapat ikhlasku, patutlah mereka boleh berlakon sebab mereka sememangnya sentiasa berlakon di khalayak ramai. Sebenarnya banyak juga gelagat yang kutengok dalam masa lebih kurang 15minit tu, tapi tak manis nak diceritakan di sini. Lagipun biarlah kita berbaik sangka!!
Kami seronok sekali kerana Kak Chah dan Abg. Mad jemput kami untuk turut sekali dalam Majlis KL Night nanti. Tunggu................................cerita dan gambar di Malam KL Night.
@miezaris

Sunday, September 19, 2004

Happy Birthday Aqasya!


Our second son Adrus Aqasya was born right on this day exactly at 3.32 pm in Fukuoka Civic Hospital in Fukuoka City. Now, 6oookm apart in Langkawi, Aqasya with his Tok Wan & Tok and many relatives around will mark this day with a Majlis Kesyukuran at my in-laws house. To Aqasya we are missing you like crazy and please accept our apology for not being there where we really should! We really hope that this 1st Birthday will cherish you with more happiness and a promising future for all of us, the F A R I S family.

Selamat Hari Lahir, Aqasyaku sayang.....

Thursday, September 16, 2004

Royal Host


Since we landed in Fukuoka this is the most frequented restaurant we have ever been. Probably for two reasons, no car at first and second it is just 5 minutes by bicycle from where we used to stay at Ryugakusei Kaikan. A mix of Western and Japanese food it is, Royal Host offers many options on its menu such as the Morning Set meal, Kid's Meal and also the food changes as the seasons change accordingly.


My Ichiro likes to come here coz he'll definitely get an omocha or two. As for me, what I like most being here is its very economical Drink Bar (no alcohol drinks though). At 280 yen you can drink all you want while listening to the in-house ballad and classical musics. Well Mummy? She likes three things here namely dessert, dessert and dessert again. Here is also a place where we entertained and being entertained by friends from far or near, local or foreign.

Though we need to observe our diet according to our religion, Royal Host does not short of choices in its menu. All in all it is a very versatile restaurant and suits for anyone with family like myself looking for good food at reasonable prices and nice atmosphere. True to its name, Royal Host has not even once fail our expectations and that for a 100th time recorded on our Point Card on last Sept. 11. Viva le Royal Host! @miezaris

Dessert Anyone....??


DSC01265Dessert2.JPG
Originally uploaded by
Mieza Ibrahim.

My wife's favourite makan-makan spot and lots of dessert to swallow too! Now I think she needs a fitness center membership.


Saturday, September 11, 2004

Masak Kari


DSC01183AndamanCurry1
Originally uploaded by
miezaris.

Hari ini, Mummy dan teman-teman seMalaysia yang terdiri daripada saudara(i?) kembar Maza dan Naza, Sharin (bukan perempuan) dan Kapitan Anieza telah bertungkus-lumus menyertai Pertandingan Memasak Kari sempena Bulan Asia di Fukuoka bertempat di Akasaka Civic Centre. Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini telah disertai oleh 5 pasukan yang terdiri daripada 2 pasukan dari Nepal, Sri Lanka, Jepun dan Malaysia.

Acara memasak bermula seawal jam 11.00 pagi dan dari jam 12.30 tengah hari masyarakat tempatan hampir mencecah 100 orang ramainya mulai datang untuk menjamu selera juadah kari yang disediakan dan seterusnya turut menjadi juri bagi menentukan Juara Kari Fukuoka bagi tahun 2004.

Kami mendapat tahu yang peserta-peserta lain semuanya ada restoren sendiri dan ada juga yang jadi Chef di Hotel 5 bintang di Fukuoka. Keputusan undi daripada para juri telah memihak kepada kedua-dua pasukan Nepal iaitu Juara (chef Hotel Okura) dan Naib Juara (tuanpunya International Bar yang terkenal di Fukuoka) dengan masing-masing mendapat 32 undi dan 22 undi. Kami tidaklah tercicir jauh dengan 18 undi dan pasukan Sri Lanka pula mendapat 20 undi. Pasukan Jepun jatuh corot dengan 7 undi sahaja.

Meskipun gagal pulang dengan hadiah wang tunai, hati masih mampu tersenyum kerana satu lagi kenangan manis (atau pedas?) tercatit dalam diari Fukuoka. Untuk mina-san, otsukaresama deshita, rainenmo ganbatte kudasai ne!! @miezaris

Klik untuk gambar dan slideshow.


Monday, September 06, 2004

Sapporo! I came, I saw, I shot...


DSC00983Sapporo Kanban
Originally uploaded by miezaris.


This must be one of the highlights in my stay in Japan. Sapporo (or Hokkaido in general) is the number one tourists' spot in Japan for both the locals and foreigners alike. Well, first I must get my conscious clear that I was there to attend Architectural Institute of Japan Researchers Conference in Hokkaido University, but as the pepatah Melayu says "sambil menyelam minum air", I managed to squeezed in sometime to visit the so-called landmarks in and around Sapporo.
From planning point of view Sapporo is a very well planned city complete with Roman grid road network, friendly pedestrians pathway, nice building facades and lots of greenery at sight. The famous Odori Park alone right in the heart of the city is 1.5km long!!
The best trip must be to the Sapporo Dome. Constructed to host the 2002 World Cup this is certainly an architectural object not to be missed among visitors to Sapporo.
4 days in Sapporo was too long for me and I really missed home (Fukuoka) a lot. The last day was quite apprehensive to me caused Typhoon No. 17 is approaching the city and my return flight was even delayed for about 2 hrs. My Ichiro was so worried and kept telling me not to take airplane (he saw on TV flights being cancelled) instead to take taxi back to Fukuoka. Well, I guess for about a 2300km journey from Sapporo to Fukuoka with a taxi, I would rather prefer to wait for my delayed flight. Any takers, anyone??


Sapporo Clock Tower

The pride of Sapporo.
For some strange reason
this is the most popular
photo spot in Sapporo.
Well, what a heck!!

Thursday, September 02, 2004

Syukur Alhamdullillah....


ANWAR Bebas....
Originally uploaded by
miezaris.

Photo credits to Bazuki Muhammad/REUTERS

ANWAR BEBAS!! Putrajaya, Sept. 2hb. Genap 72 bulan sebagai "tahanan politik", DSAI kini dilepaskan dari tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Bagaikan kembang bertaut semula, DSAI bersedia kembali kepangkuan rakyat jelata untuk sekali lagi memimpin rakyat dan negara ke era yang lebih Adil, Saksama dan Bebas. Harapan kita sudah tentulah DSAI dapat menjadi jambatan penghubung pihak kerajaan dan mereka yang di luar kerajaan. Selamat menjadi "Orang Bebas" semula!! @miezaris: aku hanyalah NGI (non-governmental insan)